fbpx


Hiburan

Coachella dibatalkan, peminat kempunan lihat Big Bang kembali

BIG Bang antara satu daripada kumpulan K-Pop yang pernah menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia kira-kira tiga tahun lalu.

Namun undang-undang Korea Selatan telah menetapkan supaya semua lelaki yang berusia 18 hingga 28 tahun wajib menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun.

Disebabkan itu, Big Bang mula tenggelam dari industri hiburan ekoran satu persatu ahlinya menyertai latihan ketenteraan.

Awal Januari lalu, muncul berita baik buat peminat mereka selepas Big Bang mengumumkan persembahan mereka di festival muzik terbesar Amerika Syarikat iaitu Coachella pada Oktober depan.

Tetapi, ekoran pandemik Covid-19, peminat setia kumpulan Big Bang nampaknya perlu bersabar lebih lama lagi untuk menantikan kemunculan semula mereka.


Menurut portal Allkpop, pihak pengurusan festival itu telah membuat keputusan untuk membatalkan terus edisi pada tahun ini demi keselamatan semua pihak.

Rata-rata peminat yang menanti lama untuk melihat kembali penyatuan semua ahli Big Bang ternyata kecewa dengan keputusan tersebut.

Bagaimanapun, peminat tidak perlu bersedih kerana Big Bang dijangka akan kembali melakukan kemunculan semula selepas kontrak mereka bersama YG Entertainment disambung buat kali ke tiga Mac lalu. – SM

Back in March, YG Entertainment announced that all four members of BIGBANG have renewed their contracts. This marked the band’s third renewal since their previous signing in 2011 and 2015.

Coachella yang merupakan festival muzik terbesar di negara Uncle Sam itu sebenarnya dijadualkan berlangsung pada bulan April lalu namun berikutan penularan wabak Covid-19 ia telah ditangguhkan pada Oktober ini.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Love Song dan Fantastic Baby itu dianggotai Taeyang, Top, G-Dragon dan Daesung.

Mereka mengambil keputusan berehat sebentar daripada industri hiburan berikutan terikat dengan latihan ketenteraan wajib yang diambil sejak dua tahun lalu. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button