Ekonomi

CNERGENZ sasar RM58 juta dari penyenaraian ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 29 April – CNERGENZ Bhd (Cnergenz), penyedia penyelesaian pembuatan elektronik yang mantap berpangkalan di Pulau Pinang, dijangka mempunya modal pasaran bernilai RM288.84 juta menjelang penyenaraian ke Pasaran Ace 24 Mei nanti.

Ini berdasarkan kepada harga tawaran awam permulaaan (IPO) pada harga 58 sen sesaham.

Ketua Pegawai Eksekutif CNERGENZ, Lye Yhin Choy, berkata, permohonan untuk IPO telah dibuka mulai pukul 10 pagi hari dan akan ditutup pada 11 Mei 2022.

“IPO itu dijangka mengumpul hasil kasar sebanyak RM58.0 juta dan akan disalurkan terutamanya ke arah pengembangan kemudahan operasi Kumpulan, serta perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan serta tujuan modal kerja,” katanya di sini hari ini.

IPO itu melibatkan terbitan awam 100.0 juta saham terbitan dan tawaran jualan 50.0 juta saham tawaran secara penempatan persendirian pada harga 58 sen sesaham.


Daripada terbitan awam, 25 juta saham terbitan akan disediakan untuk permohonan kepada orang ramai Malaysia, 10 juta saham akan diperuntukkan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Manakala 52.75 juta saham akan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur yang dikenal pasti dan 12.25 juta saham akan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia (MITI).

Yin Choy menambah, setelah berada dalam ruang E&S sejak 2004, penyenaraian ini adalah selaras dengan rancangan pertumbuhan dan strategi syarikat untuk meningkatkan operasi, mengembangkan penyelesaian bersepadu dan tawaran penyelesaian kilang pintar dan membangunkan rangkaian proprietari penyelesaian sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd., David Lim berkata, pihaknya gembira kerana minat menggalakkan dalam kalangan pelabur institusi dan terpilih, serta pelabur institusi dan individu MITI Bumiputera yang menunjukkan minat yang kuat untuk melanggan IPO.

UOB Kay Hian ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin, dan ejen penempatan untuk IPO CNERGENZ.

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button