Ekonomi

CNERGENZ catat perolehan RM76.58 juta suku kedua 2022

PULAU PINANG 17 Ogos – CNERGENZ Berhad (CNERGENZ), mengumumkan perolehan RM76.58 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 yang disumbangkan oleh jualan yang lebih tinggi bagi mesin teknologi pelekap permukaan kendiri (SMT) dan penyediaan penyelesaian bersepadu.

Penyedia penyelesaian pembuatan elektronik yang berpangkalan di Pulau Pinang,
berkata, jualan yang tinggi dalam tempoh tersebut berikutan permintaan berterusan daripada aktiviti pembuatan dalam industri elektronik dan semikonduktor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lye Yhin Choy berkata, pihaknya melihat aliran masuk yang stabil pada suku baru-baru ini untuk penyelesaian bersepadu dan mesin dan peralatan SMT kendiri keluaran mereka di pasaran Malaysia, Thailand dan Vietnam.

“Walaupun halangan global yang dihadapi oleh sektor teknologi, disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur di negara-negara ini yang telah menyumbang kepada peningkatan jualan dan pertanyaan baharu untuk produk dan penyelesaian kami. Kami percaya bahawa aliran masuk pesanan akan terus mengikuti peningkatan global baru-baru ini dalam jualan semikonduktor, terutamanya pada suku kedua 2022, ditambah dengan permintaan berterusan untuk penyelesaian dan produk kami di kalangan pemain industri dalam Industri E&S”, katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, di bahagian operasi mereka, ia berada di peringkat akhir rundingan dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk pemerolehan sebidang tanah perindustrian di Pulau Pinang.


“Selepas pengambilalihan itu dimuktamadkan, kami berhasrat untuk memulakan pembinaan kemudahan baharu kami dengan menyalurkan hasil tawaran awam permulaan kami, yang akan membolehkan kami meningkatkan operasi dan membangunkan serta memasarkan rangkaian tawaran penyelesaian pembuatan kami yang lebih luas.” tambahnya.

Setakat ini, Cynergenz telah memperoleh pesanan pembelian berjumlah RM72.60 juta, yang mana RM61.16 juta dijangka akan dipenuhi menjelang akhir tahun 2022.

Secara kumulatif, Syarikat mencatatkan hasil sebanyak RM113.48 juta dan keuntungan bersih (PAT) sebanyak RM12.94 juta untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022.

Sementara itu, keuntungan sebelum cukai (PBT) Syarikat untuk tempoh itu telah meningkat dua kali ganda kepada RM12.35 juta berbanding PBT sebelum suku pertama berakhir 31 Mac lalu sebanyak RM4.87 juta.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button