Rencah Hidup

Bila pekan dikuasai monyet, ibarat kisah Planet Of The Apes

INI adalah kisah yang berlaku di pekan Lopburi, Thailand yang menyaksikan ratusan monyet seolah-olah berkuasa dan bebas melakukan apa sahaja di kawasan tersebut.

Monyet tersebut yang sebelum ini banyak berkeliaran di sebuah kuil di kawasan tersebut kini semakin melebarkan kuasa mereka di kawasan jalan raya dan kedai-kedai berhampiran.

Peniaga dan penghuni di kawasan tersebut juga terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengelak daripada diserang sekumpulan haiwan itu.

BACA> Sedih melihat Singa Afrika sakit tua di Zoo Melaka

Seorang daripada peniaga di situ, Taweesak Srisaguan menggunakan patung buaya dan kepala harimau sebagai cara untuk menghalau monyet itu.

“Saya gunakan patung-patung itu untuk menakutkan monyet tersebut. Tetapi masih ada yang berani dah saya terpaksa menggunakan batang kayu untuk menghalau mereka,” katanya seperti dilaporkan SCMP.

MONYET

Seorang lagi peniaga dan penghuni di kawasan itu, Kuljira Taechawattanawanna berkata, dia memasang pagar disekeliling rupanya hingga ke kawasan bumbung.

“Memang terpaksa hidup macam dalam penjara sebab dikelilingi pagar sebab mereka boleh datang menyerang bila-bila masa sahaja,” jelasnya.

Menariknya, selain kuil, sebuah bangunan panggung wayang terbiar di kawasan itu juga sudah menjadi sebahagian daripada kawasan taklukan haiwan itu.

BACA> Kenapa Baba’s bagi rempah ratus pada pasangan Jepun ini?

Menurut penduduk di situ, Manus Wimukthipan, sesiapa yang masuk ke kawasan itu berkemungkinan besar boleh cedera akibat diserang.

“Pawagam ini menjadi bangunan terbiar selepas pemiliknya terpaksa menghentikan perniagaan ekoran masalah kewangan.

“Selepas itu monyet-monyet ini telah menakluki bangunan ini. Malah, setiap monyet yang telah mati akan dibawa monyet yang lain ke sebuah bilik khas di dalam pawagam ini,” katanya.

MONYET

Haiwan tersebut sebelum ini menjadi daya tarikan pengunjung di Lopburi namun bilangan haiwan tersebut semakin meningkat sejak tiga tahun lalu.

Pihak berkuasa tempatan juga kini sedang mengambil langkah untuk mengawal haiwan tersebut menyasarkan untuk memandulkan 500 monyet sebelum hujung Jun.

Mereka juga bercadang untuk membina sebuah pusat perlindungan khusus bagi monyet-monyet tersebut tinggal di kawasan tersebut.

MONYET

Monyet boleh bertindak agresif apabila berada dalam kumpulan yang besar dan Malaysia sendiri saban tahun mencatatkan kes gangguan monyet bukan sahaja terhadap tanaman dan ternakan, tetapi juga manusia. -SM

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button