Bola SepakSukan

City sedia tawar RM492 juta beserta tiga bintang, Silva, Jesus, Garcia demi Messi

MANCHESTER City dilaporkan bersedia menawarkan Barcelona 89.5 juta pound (RM492 juta) berserta Bernardo Silva, Gabriel Jesus dan Eric Garcia untuk khidmat Lionel Messi.
City optimis dapat menyempurnakan perjanjian itu dengan kelab gergasi Catalan tersebut, selepas Messi mengumumkan hasratnya meninggalkan kelab berkenaan pada musim panas ini.
Messi diyakini bersetuju dengan perjanjian yang ditawarkan City, bagi membolehkan dia bergandingan semula dengan Pep Guardiola selepas menikmati tahun-tahun gemilang bersama kelab gergasi Sepanyol itu dengan 634 gol dan mencipta 285 bantuan dalam 731 penampilan.
Media di England, Sportsmail melaporkan kedua-dua pihak telahpun saling berhubung menerusi telefon tentang perpindahan ke Etihad, malah mereka turut berunding bagaimana Messi menyesuaikan diri dengan kehidupan di England dan mempelajari bahasa Inggeris selepas hampir 20 tahun menetap di Sepanyol.
Idea City mendapatkan tandatangan Messi, sebelum ini ibarat satu impian, tetapi dengan harga 89.5 juta pound berserta Silva, Jesus dan Garcia, perpindahan itu dilihat mampu menjadi realiti.
Menurut Sport, kelab itu telahpun menghubungi ketua Barca untuk membawa masuk Jesus ke Nou Camp.
Jesus menjadi sasaran utama Catalan dalam usaha mereka menggantikan Luis Suarez, tetapi tanda harga 20.5 juta pound (RM112 juta) yang diletakkan City telah menghalang perjanjian tersebut daripada direalisasikan.
Guardiola turut berhasrat menjual Garcia dengan kontraknya bakal berakhir pada musim panas akan datang.
Dengan tambahan dua pemain yang menjadi sasaran Barca bagi bidaan itu, peluang City memuktamadkan perjanjian semakin cerah. – Daily Mail UK – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button