Nasional

Kerajaan naikkan elaun sara hidup pelajar tajaan JPA

KERAJAAN bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatam ia membabaitkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi  pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan
pada 7 November 2022); dan kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.

“Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai 2023 yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar tajaan JPA.

Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar – pelajar B40 yang tinggal di bandar- bandar besar negara pengajian.

“Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan Kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan  bebanan kewangan pengajian, di samping memastikan penawaran penajaan Kerajaan adalah kekal releven dan berprestij,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button