BeritaNegeriPendidikanRencah Hidup

SMK Syed Hassan johan pertandingan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia peringkat Perlis

TARIAN Embun Sok Sek yang dipersembahkan oleh lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan muncul sebagai johan pertandingan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia peringkat negeri Perlis.

Sekaligus kumpulan pelajar ini membawa pulang hadiah RM600 pada pertandingan yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh, Arau, Perlis. Juara akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan nanti.

Pertandingan ini anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis dan PTSS.

SMK Syed Hassan johan pertandingan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia peringkat negeri Perlis.

Menurut guru penyelaras, Norasnida Ahmad Razi pelajarnya mengambil masa lima hari untuk mengadakan latihan untuk pertandingan itu.

Beliau berkata, kemenangan ini diharap dapat memberikan semangat untuk pelajarnya bertanding di peringkat kebangsaan nanti.

Sementara itu tempat kedua disandang oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Syed Alwi. Kumpulan ini yang membawa tarian jong jong inai membawa pulang hadiah RM500.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh SK Syed Sirajuddin yang membawa tarian Layang Emas dengan hadiah RM400.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Binbingan Seni Budaya, Ibu Pejabat JKKN, Ruhani Mamat. Hadir sama Pengarah JKKN Perlis, Norazlin Nordin. – SM

(Visited 717 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button