Nasionalpilihan

80% penduduk Lembah Klang, Labuan dan Sarawak sudah terima dua dos vaksin

KAWASAN di Lembah Klang, Sarawak dan Labuan nampaknya sudah mencapai imuniti berkelompok selepas mencatatkan jumlah 80 peratus penduduk yang menerima dua dos suntikan vaksin.

Menerusi data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Labuan mencatat angka tertinggi iaitu 93.1 peratus atau seramai 63,750 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor dan Kuala Lumpur pula mencatatkan 88.7 peratus lengkap dos vaksin iaitu 5.4 juta penduduk dan 6.8 juta termasuk bukan warganegara dan permastautin sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Di tangga ke tiga ialah sarawak yang mencatatkan 86.4 peratus atau seramai 1,765,851 orang menerima suntikan lengkapementara sebanyak 90.3 peratus atau seramai 1,844,333 lagi menerima dos pertama.

Ketika ini, Negeri Sembilan merekodkan 76.4 peratus atau seramai 622,081 orang menerima dua dos, sementara penerima dos pertamanya seramai 762,161 orang atau 93.4 peratus.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19. -SM

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button