Nasionalpilihan

Lim Kiat Siang terlalu biadap, polis perlu ambil tindakan segera

POLIS digesa untuk mengambil tindakan pantas terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di atas posting Facebook berkenaan ‘kerajaan Allah’ yang menghina Islam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, apa yang dilakukan Kit Siang sudah melampaui batas dengan menghina agama Islam yang boleh membawa ketegangan agama yang amat merbahaya.

“Jangan kerana anda tua, jangan kerana anda Ahli Parlimen, anda boleh sesuka hati membuat kenyataan yang menyeleweng dan menggugat ketenteraman awam.

“Undang-Undang tidak mengenal usia, jadi saya menyeru pihak PDRM dapat segera ambil tindakan sewajarnya agar perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurut Muhammad Muqharabbin, tindakan Kit Siang itu juga menunjukkan parti DAP sangar rasis dan ideologi parti itu juga tidak pernah berubah.

Jelasnya, semua agama tidak pernah membenarkan penganutnya menghina agama lain tidak kira Islam, Kristian, Buddha atau lainnya apatah lagi menghina Allah yang disifatkannya sangat melampau.

Tambahnya, beliau mewakili Pemuda UMNO Lembah Pantai berharap supaya tindakan paling tegas dapat diambil kepada Kit Siang walaupun beliau sudah memadamkan posting tersebut di facebook beliau.

Terdahulu, Kit Siang menulis “If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government” .

Tulisan veteran DAP itu adalah respons kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai “Kerajaan Allah”. -SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button