Hiburan

Cincin dan sejambak bunga bukan penyejuk hati Diana Danielle

“DIA bukannya cuba nak menyelamatkan rumah tangga, dia cuma nak menyelamatkan muka dia sahaja,” demikian dakwa aktres Diana Danielle terhadap suaminya, Farid Kamil dalam kemelut rumah tangga pasangan ini yang semakin hari, semakin panas.

Selepas masalah rumah tangga aktor dan pengarah filem, Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah, Farid Kamil ‘bersaing’ dengan Syamsul dalam isu rumah tangga juga.

Diana Danielle, 32 menepis tindakan Farid Kamil yang memaparkan seolah-olah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang berantakan.

Baca artikel ini > “Tanyalah Diana apa masalah dia? Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak,” Farid Kamil

Sebaliknya, dakwa Diana Danielle, beliau menyifatkan tindak tanduk Farid lebih menjurus kea rah kepentingan diri demi menjaga air mukanya.

“Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga, dia cuma nak menyelamatkan muka dia sahaja,” itulah ucapan Diana Daniella kepada pengamal media usai proses pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Petaling.

Diana Danielle turut menjawab tuduhan dari Farid bahawa dia berlaku curang di belakang suaminya itu sebagai satu fitnah.

“Itu fitnah. Kalau betul saya curang, kenapa perlu dia bawa bunga hari ini?” soal Diana Danielle.
Dalam masa yang sama, Diana Danielle turut menyelar tindakan Farid yang membeli sebentuk cincin.
Pada tanggapan Farid, cincin dan sejambak bunga mampu memujuk hati isterinya itu.

Farid Kamil dan Diana Danielle di mahkamah syariah

Malangnya ia adalah satu usaha yang sia-sia sahaja dan Diana Danielle pula langsung tidak ambil pot dengan hadiah beli jiwa itu.

Beliau hanya membiarkan barang-barang itu di atas kerusi di perkarangan dewan mahkamah.

Diana Danielle bertegas dan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan tuntutan perceraian.

“Cincin yang dia nak bagi tadi itu, dia dah hilangkan selama lapan tahun. Baru hari ini dia nak belikan balik cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun?

“Kalau betul saya ada orang ketiga seperti mana yang dia tuduh, kenapa dia nak belikan cincin perkahwinan kami yang dia sendiri hilangkan selama ini?” soal Diana Danielle lagi.

Diana Danielle juga mendedahkan anak perempuannya, Aurora mengalami trauma yang besar kemungkinan melihat perangai bapanya itu.

Diana Danielle bagaimanapun tidak mahu mengulas mengapa Aurora truma dan apakah insiden yang membuatkan anak kecil itu dalam keadaan sedemikian.

Terdahulu Farid Kamil pernah meluahkan kerinduannya terhadap dua orang anaknya kerana lebih 23 hari tidak bertemu dengan kedua-dua mereka.

Diana Danielle bagaimanapun tidak membenarkan Farid masuk ke dalam rumah atas sebab, yang membayar duit sewa rumah yang didiami oleh Diana dan anak-anak, bukannya Farid Kamil.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10 dan Aurora, 8. – SM

Artikel berkaitan > Farid Kamil didenda RM5,000 salah guna dadah

 

 

 

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button