BeritaNasionalPendidikan

Cikgu Roslan terima anugerah Hari Bapa LPPKN Perlis

BEKAS Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar dipilih sebagai pemenang Anugerah “KASIH Bapa, Pelindung Keluarga”.

Roslan Yatim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Roslan, 65 dipilih memenangi anugerah ini sempena Sambutan Hari Bapa 2022 dan Jelajah KASIH Keluarga Siri 2/2022 Peringkat Negeri Perlis bertemakan “KASIH Bapa Pelindung Keluarga”.

Sambutan Hari Bapa 2022 dan Jelajah KASIH Keluarga Siri 2/2022 Peringkat Negeri Perlis bertemakan “KASIH Bapa Pelindung Keluarga”Pasar Terapung, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pengkalan Asam, Kangar.

Roslan juga pernah menerima anugerah Tokoh Guru Perlis 2021 dan Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Anak jati Perlis yang berkahwin dengan Rashidah Mohd Saff ini dikurniakan tiga anak dan 10 cucu.

Anugerah ini antara program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri yang diadakan di Pasar Terapung, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pengkalan Asam, Kangar


Perasmian dilakukan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Berenee Yahaya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi LPPKN, Mastura Mohamad Darby dan Pengarah LPPKN Perlis, Naemah Ibrahim.

Antara aktiviti “Father’s Me-Time” termasuk memancing, “Suara Otai Masih Berbisa, Jom Ayah!”, Kayuh sampan dan kayak, “Fish Feeding”, Gusti Lengan, Dam Aji dan “Selfie Corner “KASIH Bapa, Pelindung Keluarga”.

Juga diadakan Senam “Abang Sado” dan sketsa “KASIH Bapa, Pelindung Keluarga” semasa upacara perasmian. – SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button