JenayahNasionalNegeri

“Wanted Person” ditahan Operasi Motosikal Bersepadu IPD Padang Besar

TANGKAPAN terhadap “Wanted Person” bagi kes rogol, dadah dan seludup minyak antara hasil Operasi Motosikal Bersepadu Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asissten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah berkata, tangkapan bagi kes rogol melibatkan lelaki berusia 36 yang direman dari 27 Ogos hingga 1 September.

Antara motosikal yang didapati melakukan pengubahsuaian. Gambar Ihsan IPD Padang Besar

Katanya, bagi kes dadah pula telah ditahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana memiliki dadah yang direman dari 26 hingga 29 Ogos dan tiga lelaki berusia 27 hingga 33 tahun pula saringan air kecing positif telah dibebas dengan jaminan polis.

“Dua suspek berkaitan kes penyeludupan minyak pula telah diserah kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Shokri berkata, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 470 buah kenderaan dan 400 individu.

Katanya, sebanyak 204 saman baru dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti ubah suai struktur kenderaan, tiada lesen memandu yang sah, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan pelbagai kesalahan peraturan jalan raya lain.

MOHD SHOKRI ABDULLAH

Katanya, kesalahan mengikut kategori ini bermula dari umur 15 hingga 21 tahun.

Mohd Shokri berkata, operasi bersepadu itu dijalankan selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos lalu mulai pukul empat petang sehingga 12 tengah malam.

Polis melakukan pemeriksaan pada Operasi Motosikal Bersepadu IPD Padang Besar.

“Ia melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padang Besar bersama pasukan polis dari setiap bahagian dan Balai IPD Padang Besar,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama Op Khas ini dijalankan dengan memberi tumpuan kepada kenderaan motosikal yang melanggar peraturan jalan raya.

Katanya, operasi itu juga untuk mengesan salah laku dan pada yang sama mengesan suspek-suspek “wanted” bagi kes jenayah di kawasan Padang Besar. – SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button