BeritaPendidikan

Cikgu Noridah tokoh guru Perlis

Cikgu Datin Noridah binti Yangman dinobatkan sebagai ‘Tokoh Guru’ dan Cikgu Adzhar bin Shafie pula diumumkan sebagai ‘Tokoh Kepimpinan Pendidikan’ pada ‘Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2022’ yang diadakan di Dewan Warisan Kangar baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Myda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Negeri Perlis itu disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Cikgu Naharudeen Othman.

Pemenang anugerah-anugerah kategori ikon yang diputuskan adalah ;

1. Cikgu Amri bin Abdullah
SMK Abi
Guru Seni Budaya.

2. Cikgu Zawiyah binti Saidin
SK Kampong Salang
Guru Kokurikulum & Sukan.

3. Cikgu Aimi Izdihar binti Rusli
SK Tambun Tulang
Guru Pendidikan Maya.

4. Sharifah Noraziah binti Syed Ali
SK Sena
Guru STEM/TVET.

5. Basyira binti Omar
SMKA (P) Alawiyah
Guru Inovasi PDPR.

Kategori Anugerah Khas Pendidikan :

6. Cikgu Ghazali bin Ahmad
SMK Syed Alwi
Kepimpinan Menengah.

7. Cikgu Zubir bin Ghazali
SK Seberang Ramai
Kepimpinan Rendah.

8. Cikgu Kirheba Murugan Krishnan
SJK Tamil Kangar
Kesukarelawan.

9. Cikgu Khairil Azmir bin Ahmad
SMKA (P) Alawiyah
Inovasi Pendidikan.

10. Noreriffin bin Norazaman
SMK Tuanku Lailatul Shahreen
Pencipta Kandungan Digital.

Kategori Anugerah Guru Cemerlang :

11. Cikgu Mohammad Hafsan bin Husain
MATRI
Guru Cemerlang Sekolah Swasta.

12. Cikgu Shahida binti Basir
Sektor Pembelajaran
Guru Hebat Bahasa.

13. Cikgu Maaizah binti Johar
SMK Sanglang
Guru Cemerlang Pendidikan Khas.

Kategoru Anugerah Guru Inovatif :

14. Cikgu Hayati binti Ariffin
SMK Syed Alwi
Individu Lepasan Menengah.

15. Cikgu Muhammad Shahri bin Ab Ghani
Kolej Vokasional Arau
Kumpulan (Pra Men).

16. Cikgu Muhammad Afiq bin Mohd. Zakaria
Shaidi bin Jaafar
Kolej Vokasional Arau
Kumpulan (Pra Men).

17. Dr. Rajalechumi A/P Thaliah
Kolej Vokasional Arau
Individu Sekolah Menengah.

18. Cikgu Sharifah Noraziah binti Syed Ali
SK Sena
Individu Sekolah Rendah. dan

19. Cikgu Nur Atiqah binti Ismail
SK Abi
Individu Pra Sekolah.

Sempena majlis tersebut Tuanku Raja Muda turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cikgu Roslan bin Yatim, yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru di peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Pada kesempatan yang sama juga, baginda amat bersukacita dengan pelbagai anugerah yang disediakan sempena sambutan pada kali ini. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah khususnya anugerah Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan GurunNegeri Perlis bagi tahun 2022.

Semoga penganugerahan ini dapat mendorong semua pendidik untuk terus memberikan khidmat bakti demi memartabatkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini khususnya dan negara amnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sudi menjadi penyumbang dalam sambutan Hari Guru 2022 peringkat negeri Perlis yang telah mendapat sokongan penaja utama terdiri daripada Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS), IX Ventura, Mc Donald’s Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Perlis.

Para penaja bersama adalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat.

Turut sama menaja ialah Co-opbank Pertama, Yang Berhormat AMMK Pendidikan dan juga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

(Visited 849 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button