Politik

Cikgu Lan Berkunjung Ke Pusat Jahitan Projek Pembangunan Keusahawanan!

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N33 Tenggaroh, Roslan Nikmat atau lebih mesra disapa Cikgu Lan berkesempatan hadir ke Pusat Jahitan Projek Pembangunan Keusahawanan ECERDC – Giatmara Mersing.

Turut bersama Cikgu Lan, Pengarah Giatmara Mersing, Encik Rodi Hartony Ali dan Pengurus Projek Pembangunan Keusahawanan ECERDC-Giatmara Mersing, Puan Asyura Ibrahim.

“Cikgu cukup bangga dengan pusat ini yang merupakan antara pusat pengeluaran pembuatan baju latihan pelajar Giatmara terbesar di Malaysia.

“Melihat kecemerlangan pengurusan dan pelajar yang ada di sini, cikgu cukup yakin pusat ini boleh diangkat ke tahap yang lebih tinggi lagi, Insya-Allah,” tulis Cikgu Lan di Facebook.

Pesan Cikgu Lan buat anak-anak pelatih, timbalah ilmu sebanyak mungkin dan bersama-sama kita menjulang bangsa Johor.

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button