NasionalNegeriPendidikan

Universiti Stanford AS senaraikan enam pensyarah UniMAP antara 2% Saintis Terbaik Dunia

ENAM pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah disenaraikan antara dua peratus Saintis Terbaik Dunia oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Pensyarah tersebut termasuklah Prof. Dr. Subash Chandra Bose Gopinath, Prof. Ts Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof. Ts Dr. Uda Hashim, Prof. Madya Ir. Ts Dr Azwan Iskandar Azmi, Prof. Madya Dr. Liew Yun Ming dan Prof Madya Dr. Voon Chun Hong.

“World’s Top 2 percents Scientists”merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin selain pengiktirafan di bawah senarai “Career-long & Single Year Citation Impact”.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik yang bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti bahkan negara.

“Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada di tahap tertinggi setanding dengan universiti-universiti yang terbaik di dunia,” titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen diarak keluar dari dewan setelah selesai mengurniakan ijazah kepada graduan pada Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Demikian perutusan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Canselor UniMAP yang dipaparkan pada skrin gergasi sempena Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merupakan Tuanku Pro Canselor berkenan UniMAP.

Keberangkatan tiba Tuanku Lailatul Shahreen Akashah disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Muhamed Ali Hajah Mydin, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli serta pengurusan tertinggi universiti.

Seramai 426 graduan menerima ijazah masing-masing daripada Tuanku Raja Puan Muda pada sidang ini yang terdiri siswazah Fakulti Perniagaan Dan Komunikasi (FPK). – SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button