Bola SepakSukan

Kemenangan Leicester dicemari pergaduhan penyokong

KEMENANGAN Leicester 3-1 ke atas Legia Warsaw untuk menguasai Kumpulan C dan meletakkan mereka dalam kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Europa dicemari insiden pergaduhan yang dicetuskan penyokong di Stadium King Power, London.

Di tempat duduk penyokong Legia terbabit dengan pergaduhan pada babak kedua permainan dan polis terpaksa mendekati para penyokong Leicester yang dilempar suar.

Pada ketika itu lebih 100 penonton memotong dawai yang memisahkan mereka yang memaksa polis campur tangan.

Pada perlawanan itu Patson Daka dan James Maddison meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum Filip Mladenovic bertindak balas selepas Kasper Schmeichel menyelamatkan sepakan penalti Mahir Emreli.

Wilfred Ndidi kemudian menanduk masuk dari sepakan sudut untuk mengukuhkan semula kelebihan pasukan tuan rumah sebelum separuh masa kedua tamat tanpa jaringan.

Leicester mendahului kumpulan dengan lapan mata, satu mata di atas Spartak Moscow dan Napoli selepas pasukan Russia itu memenangi pertemuan mereka 2-1 pada hari Rabu lalu.

“Kami mempunyai tugas besar untuk dilakukan dan kami tahu kami perlu memenangi perlawanan dan bermain dengan baik seperti yang kami lakukan pada separuh masa pertama adalah sama penting.

“Anda lihat kualiti pasukan dalam kumpulan, Kami mengawal perlawanan di mana kami menamatkannya dengan kemenangan. Objektif kami pada mulanya adalah untuk layak dan itu yang kami lakukan,” kata pengendali Leicester, Brendan Rodgers. – SM

 

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button