Hiburan

Jasmin Hamid kena serangan jantung

TERIMA perkhabaran mengejutkan para peminat dramatis terkenal, Jasmin Hamid yang dikejarkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sebuah hospital ekoran serangan jantung.

Berita mengejutkan itu dimaklumkan oleh suaminya, Nazmi Abd Rahim  menerusi media sosial, Instagram (IG).

Dalam hantaran di IG @jasminhamidjh, suami beliau berkata, isterinya berada di CCU bukan Unit Rawatan Intensif (ICU).

Pembetulan itu perlu supaya para peminat Jasmin tidak terkeliru dan suaminya turut memohon agar semua peminat Jasmin menitipkan doa agar aktres hebat itu kembali pulih seperti sediakala.

Nazmi juga memaklumkan, keluarga dramatis itu mempunyai sejarah jantung selain daripada tekanan darah rendah.

“Doktor terpaksa memberi bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” katanya.

Hantaran di IG yang memaklumkan kondisi kesihatan Jasmin mendapat 22,557 tanda like dengan 1,645 komen yang rata-rata, mendoakan agar kesihatan Jasmin Hamid pulih.

Antara rakan-rakan artis yang mendoakan menerusi komen mereka termasuk @anuarzain70, @umieaida dan @uyainaarshad. – SM

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button