Nasional

Inovasi Aplikasi InnoTechXCISECPSAS Mudahkan Pengurusan Maklumat

KUMPULAN pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) berjaya menghasilkan aplikasi InnoTechXCISECPSAS yang berupaya membantu memudahkan warga kerja politeknik, pihak industri , alumni memperoleh maklumat dan data analisis hidup secara mudah dan pantas.

Menariknya, aplikasi yang membolehkan Pusat Perkhidmatan Industri Korporat dan Kebolehpasaran (CISEC) di politeknik seluruh Malaysia untuk menggunasama aplikasi selain data yang dimasukkan boleh dikongsikan dengan pihak ibu pejabat, Bahagian Kolaborasi Industri & Komuniti (BKIK), JPPKK.

Norhayati bersama aplikasi InnoTechXCISECPSAS yang terpapar pada komputer

Ketua kumpulan, Norhayati Jamil, berkata aplikasi InnoTechXCISECPSAS adalah medium penyampaian maklumat CISEC bagi Politeknik Sulatn Azlan Shah khususnya dan Politeknik Se-Malaysia umumnya.

Inovasi yang dibangunkan bersama rakannya, Shahiran Ibrahim, Azwa Hasnan,dan Siti Zuraini Sukiran itu mula dibangunkan bermula Jun 2022 dan mengambil masa setahun dua bulan untuk disiapkan.

“Aplikasi ini dilengkapi dengan dokumen-dokumen berkaitan setiap perjawatan di bawah unit CISEC dan dokumen keperluan industri,” katanya.

Norhayati ( duduk) bersama rakan penyelidik

” Ia turut menyediakan dashboard bagi melihat statistik dan trend peningkatan atau penurunan bagi data yang diperolehi secara hidup. Ini membolehkan pihak institusi menjangkakan kaedah atau langkah terbaik bagi memperbaiki situasi apabila melihat statistic mengalami trend penurunan.

“Nilai tambah yang terkandung dalam aplikasi ini dipautkan kepada media sosial CISEC yang lain seperti facebook, youtube dan sebagainya sekali gus memudahkan pelbagai pihak yang berada di mana-mana lokasi bagi mendapatkan maklumat CISEC tanpa perlu membuka komputer, menggunakan telefon pintar sudah memadai ” katanya.

Norhayati berkata aplikasi itu berupaya membantu pihak auditor mengaudit dokumen dengan lebih mudah dan cepat apabila ianya menjadi one touch center.

Katanya, lambakan dokumen dan data yang banyak antara dorongan terkuat untuk menghasilkan aplikasi berkenaan.

Aplikasi InnoTechXCISECPSAS antaranya memberi penekanan tentang suasana penerapan digital, ringkas, padat dan mesra pengguna.

Beliau berkata pelbagai cabaran dilalui bagi menyiapkan aplikasi berkenaan berikutan kesemua pensyarah bukan pakar dalam bidang, namun berkat usaha dan kerjasama mereka yang pakar, aplikasi ini berjaya disiapkan. -SM

Baca : Gajah liar yang memijak seorang wanita sehingga maut telah dikembalikan ke hutan

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button