Hiburan

Chris Hemsworth teruja jadi Hulk Hogan

PELAKON, Chris Hemsworth nampaknya yang sebelum ini berdolak-dolik bila diminta bercerita mengenai filem terbaharunya Hulk Hogan kini sudah semakin terbuka bercerita.

Hemsworth bakal menjadi bintang sukan tinju, Hulk Hogan dan perkara itu menurut pelakon filem Thor adalah sesuatu yang difikirkan mudah pada awalnya, tetapi semakin sukar bila memasuki proses pre-produksi.

“Seperti yang anda bayangkan, persiapan pada tubuh saya antara yang menjadi keutamaan kerana itulah yang ditonjolkan Hulk Hogan sebagai seorang penggusti.

chris hemsworth

“Malah, saya mesti mempunyai ukuran badan yang lebih banyak dan lebih besar daripada sebelum ini. Secara mudahnya, badan yang lebih besar dan sasa daripada watak Thor,” katanya seperti dilaporkan NME.

Selain fizikal, Hemsworth mengakui dia juga perlu mendalami segala terma dan bahasa yang sering digunakan penggusti.

Perkara itu menurutnya memerlukan dia untuk bertemu dengan lebih ramai penggusti untuknya mendalami jiwa dan gaya seorang ahli gusti yang sebenar.

BACA> Teater ‘Apa Lagi Yang Bapa Mahu’ sangat mengesankan – Anwar

“Tetapi yang saya paling seronok ialah untuk mempunyai misai panjang yang menjadi imej Hulk Hogan sepanjang dia dikenali,” katanya tertawa.

Namun, Hemsworth mengakui yang perjalanan untuk kisah Hulk Hogan ini dibawa ke dalam bentuk filem masih lagi jauh apatah lagi dia sendiri masih belum melihat skrip tersebut.

Malah, dia sendiri juga tidak tahu sama ada kisah Hulk Hogan ini akan dibentuk dalam bentuk filem ataupun bersiri.

“Projek Hulk Hogan ini masih jauh lagi dalam fasa perbincangan walaupun idea asal untuk pembikinannya tercetus sejak dua tahun yang lalu ketika saya berbual bersama pengarah, Todd Phillips.

BACA> Diva AA mengamuk tunggu makanan 1 jam

“Banyak perkara dalam kehidupan Hulk Hogan yang kita perlu selami dan perkara itu sedang diproses untuk dijadikan skrip,” jelasnya.

Hulk Hogan adalah seorang penggusti profesional yang bekerja untuk Total Nonstop Action Wrestling (TNA).

Hogan adalah salah satu watak penting era 80-an yang mempopularkan sukan gusti profesional terutamanya World Wrestling Federation (WWF). -SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button