KemalanganNasionalNegeri

Lori treler terjunam dari jambatan, jalan sesak dari Kuala Kangsar menghala ke Tasek

SEBUAH lori treler terperosok di bawah jambatan dalam satu kemalangan dari Kuala Kangsar menghala ke Tasek.

Menurut info yang dikongsi oleh pengguna Facebook akaun Mastura Meor kira-kira dua jam lalu, kejadian berlaku berdekatan Taman Wing Onn.

KREDIT FOTO: TUAN DENAN

Katanya, lori treler berkenaan terjunam dari atas jambatan.

Semua kenderaan dicadangkan masuk ke Jalan Meru termasuk motosikal berkuasa tinggi yang akan tersangkut.

Kemalangan itu dilaporkan dalam Facebook Sungai Siput (U) Mari (Promosikan Produk2 Anda Semua).

Menurut satu hantaran rakaman video yang dikongsi menerusi FB tersebut, kemalangan baharu sahaja berlalu.

Foto-foto turut dikongsi oleh Tuan Denan dalam FB.

KREDIT FOTO: TUAN DENAN

Setakat ini, tidak tahu sama ada pemandu lori treler berkenaan cedera. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button