fbpx
EkonomiPolitik

Chini rintis projek pembuatan kertas

CHINI, Pahang bakal meneruskan semula projek rintisnya iaitu industri pembuatan kertas yang pernah tertangguh sebelum ini.

Projek tersebut merupakan inisiatif dalam memanfaatkan sisa buangan pertanian seperti buah sawit yang akan dijadikan sebagai bahan mentah bagi penghasilan kertas.

Difahamkan, penggunaan sisa buangan buah sawit merupakan teknologi daripada China yang dibawa masuk bagi mengembangkan industri tersebut di Chini.

“Satu lagi aspek peneroka pula boleh menjual empty fruit bunch dan pelepah-pelepah mereka kepada kilang berkenana yang sebelum ini dianggap sebagai sisa dan dibuang kerana tiada nilai.

“Ini dijadikan input atau raw material. Jika digunakan empty fruit bunch ini untuk buat kertas maka ada dua keuntungannya.


BACA > Gerrard ucap tahniah, Klopp hilang kata-kata — Suara Merdeka

“Satu peneroka dapat pendapatan tambahan, kedua masalah pembuangan sisa diselesaikan.

“Ini projek pertama. Ini teknologi dari negara China. Kita tidak gunakan pulp untuk buat kertas. Biasanya sebelum ini pulp digunakan untuk buat kertas.

“Bila gunakan bahan-bahan buangan, jadi raw material lebih murah berbanding pulp. Jika lebih murah maknanya harga jualan kertas lebih kompetitif berbanding kaedah lain.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu temubual yang dimuatnaik Facebook Aku Budak Chini – ABC hari ini.

Dalam tembual tersebut, Najib turut menjelaskan pembuatan kertas itu juga salah satu projek yang sengaja dilengahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, projek tersebut dilancarkansebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun tergendala selepas PH mengambil alih kerajaan.

“Kalau kita lihat apa lagi yang kita boleh buat. Saya melawat kilang kertas saya lancar sebelum PRU-14. Sewaktu saya lancarkan, mereka menyatakan projek ini akan berjalan lancar.

“Tetapi, apabila PH ambil alih, cerita yang sama diulang balik, disekat projek tertentu. Kerajaan tak benarkan buat pinjaman dan sebagainya jadi projek tersebut tergendala.

BACA > Had umur 65 baru boleh merasai duit KSWP, adilkah? — Suara Merdeka

“Sekarang ini, pengusaha itu gigih dia cari sumber kewangan lain dan projek fasa pertama akan bermula Oktober ini, malah kumpulan pekerja pertama yang terdiri daripada anak-anak Chini sudahpun mula bekerja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib turut menyatakan projek rintis itu bakal menyediakan sehingga 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Chini melalui pelbagai fasa.

Menurutnya, pembuatan kertas tersebut akan merangsang ekonomi penduduk di Chini termasuklah pembangunan minitown di sana.

“Fasa pertama akan meliputi 250 pekerja.

“Apabila siap semua fasa dalam masa lima tahun akan memperlihatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2 bilion dan bilangan pekerja kesemua lebih kurang 3,000 orang.

“Jadi, anak-anak Chini mungkin generasi kedua atau ketika boleh dapat pekerjaan tidak perlu berhijrah ke Lembah Klang dan sebagainya.

“Di Chini ada, mereka boleh tinggal dengan keluarga dan kos perbelanjaan diminimumkan.

BACA > ‘Mama’, suatu penantian bermakna buat ibu bapa Ainul Mardhiah — Suara Merdeka

“Saya bayangkan di kawasan Chini akan wujud minitown dalam tempoh lima tahun bagi menampung kewujudan 3,000 pekerja,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button