Luar Negara

China Siap Terowong Bawah Air Terlebar Dunia Dalam 110 Hari

CHINA sekali lagi membuktikan keupayaan luar biasanya dalam bidang kejuruteraan apabila berjaya menyiapkan Terowong Jinan Huanggang Road, terowong jalan raya bawah air terlebar di dunia – hanya dalam masa 110 hari!

Terletak di bawah Sungai Kuning (Yellow River), terowong mega sepanjang hampir 3 kilometer ini memiliki lebar 17 meter, menjadikannya antara struktur infrastruktur paling mengagumkan yang pernah dibina dalam tempoh begitu singkat.

Projek berprofil tinggi ini dilaksanakan menggunakan mesin pengorek gergasi yang dinamakan “Shanhe”, iaitu Tunnel Boring Machine (TBM) terbesar dunia dalam kelasnya. Dengan purata kadar penggalian lebih 18 meter sehari, terowong ini dibina dengan ketepatan tinggi serta sokongan struktur kukuh berasaskan 500 cincin paip konkrit bertetulang.

Menampilkan enam lorong (tiga lorong setiap hala), terowong ini direka bukan sekadar untuk memecah rekod, tetapi juga bakal memberikan kesan langsung kepada kelancaran sistem pengangkutan bandar Jinan, dengan menghubungkan tebing utara dan selatan sungai yang memisahkan kawasan pembangunan utama di wilayah tersebut.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna menjelang akhir tahun 2025, sekaligus menandakan satu lagi kejayaan China dalam memperkukuh jaringan infrastruktur strategik negara itu melalui teknologi terkini dan pengurusan projek berimpak tinggi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button