Politik

Cabaran politik terbesar Melayu Bumiputera dan bukan Melayu berfikiran sederhana di Selangor

TAN SRI ANNUAR MUSA menyeru golongan Melayu, bumiputera dan bukan Melayu berfikiran sederhana khususnya di Selangor menggunakan peluang pilihan negeri ini untuk menyahut cabaran keluar daripada fahaman politik yang melampau.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata, sebanyak 33 dari 56 kerusi DUN Selangor mempunyai majoriti pengundi Melayu Bumiputera melebihi 60 peratus.

“Di Selangor juga ramai bukan Melayu yang berfikiran sederhana dan tidak suka kepada DAP. Untuk membentuk kerajaan Negeri Selangor hanya 29 kerusi diperlukan. Inilah masanya,” katanya dalam hantaran ke media sosial.

Justeru PRU Negeri Selangor, ujar beliau, adalah peluang keemasan bagi orang Melayu dan bukan Melayu berfikiran sederhana untuk melihat satu perubahan politik yang besar berlaku dalam negara dan ia mesti bermula di Selangor.

Sebahagian kenyataan Annuar:

Syaratnya:

1)Kesemua Pengundi Melayu dan pengundi bukan Melayu berfikiran sederhana hendaklah keluar beramai ramai, umpama semut yang keluar dari sarangnya, secara senyap tapi penuh tekad dengan peratusan keluar semaksimum mungkin. Beri keutamaan kepada usaha keluar mengundi. Anggap ia satu tanggung jawab paling penting

2)Semua yg mengundi JANGAN SEKALI PECAH UNDI, sebaliknya consolidate setiap undi kepada satu parti sahaja iaitu UNDILAH PERIKATAN NASIONAL semua sekali, tanpa mengira apa keahlian parti kita. Undi tetap rahsia

Bila ini kita lakukan, insyaallah kita berjaya menghantar DAP kembali ke kerusi PEMBANGKANG di DUN Selangor dan selamatkan Selangor dari turut di Perintah DAP setelah mereka sudah pun menjadi kerajaan di pusat angkara individu tertentu yg mementingkan dirinya.

Apabila ini berlaku, kita juga menghantar isyarat yg jelas bahawa KITA RAKYAT TETAP BERSATU PADU, TIDAK BOLEH DI DEVIDE AND RULE, DEMI MEMPERTAHANKAN HAK DAN MARUAH KITA DI TANAHAIR TERCINTA, KHUSUSNYA DI SELANGOR

Malah inilah yg perlu kita lakukan bersama di semua negeri, insyaallah.

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button