Nasional

Che Nah Nasi Dagang viral meninggal dunia

SEKITAR tahun lepas, dalam keadaan pandemik Covid-19, seorang wanita, Che Nah atau nama sebenarnya, Minah Awang menjadi viral apabila beliau sujud syukur kerana mendapat lesen berniaga di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pemberian lesen penjaja kepada warga emas berusia 72 tahun itu disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Pagi tadi, Che Nah dikatakan telah kembali ke rahmatullah dan khabar sedih itu dititipkan oleh Annuar yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)di media sosial Facebooknya.

Annuar mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga allahyarham Che Nah.

Sementara itu, warga netizen turut sama bersedih dengan pemergiaan Che Nah.

Ruangan komen di posting tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah.

“Patut la pagi ni nak beli nasi kerabu tak nampak lorinya. Inalillah dan salam takziah.

Innalillahiwainnailayhiraji’un. Salam takziah. Mesti rindu nak beli nasi kerabu,” komen netizen di Facebook.

Allahyarhamah Che Nah mencari rezeki dengan mengusahakan menu nasi campur, nasi kerabu dan nasi dagang di bawah nama Che Nah Nasi Dagang menggunakan lori bergerak di Jalan Setia Bakti Bukit Damansara.

Pada 4 Jun 2020, selepas 35 tahun berniaga tanpa lesen, beliau secara spontan sujud syukur di atas jalan kerana teruja dan berterima kasih diberikan lesen penjaja oleh Annuar.

Che Nah sujud syukur kerana tidak menyangka akan diberikan lesen selepas permohonannya ditolak berkali-kali.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Al-Fatihah. – SUMBER WILAYAHKU – SM

 

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button