Nasional

45 nelayan lega terima lesen sampan khas

MELAKA 21 Februari – Seramai 45 nelayan di negeri ini menerima lesen sampan khas bagi memberi peluang kepada golongan tersebut melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa rasa risau ditahan pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, setakat ini Jabatan Perikanan telah meluluskan sebanyak 200 lesen tersebut bagi tahun 2021 dan keseluruhan seramai 1,200 nelayan sudah memiliki lesen sampan khas di Melaka.

Menurutnya, nelayan baharu yang menerima lesen kini boleh meneruskan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang telah ditetapkan tanpa rasa ragu-ragu.

“Dulu sebelum ini ada yang keluar menangkap ikan tanpa lesen daripada Jabatan Perikanan dan mereka sering ditahan pihak berkuasa jadi setelah mendapat lesen mereka boleh keluar ke laut tanpa rasa risau.

“Kini mereka boleh mencari rezeki untuk menyara keluarga anak dan isteri seterusnya meneruskan kelangsungan hidup,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan 80,000 benih ikan lampam di Sungai Duyong dan penyampaian lesen sampan khas di di Masjid As-Salimin, Kandang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Mohd. Fauzi Salehon.

Mengenai pelepasan 80,000 benih ikan lampam Abdul Razak berkata, sungai Duyong boleh dijadikan sebagai lokasi tumpuan kaki pancing.

Menurutnya, kawasan tersebut boleh dibangunkan sebagai destinasti pelancongan berkonsepkan perikanan rekreasi.

“Apabila 80,000 benih ikan lampam dilepaskan diharap sungai Duyong mempunyai stok ikan air tawar yang banyak dan sekali gus menjana pendapatan penduduk tempatan,” ujarnya lagi. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button