Hiburan

Chacha Maembong nafi guna duit Macau Scam untuk perniagaannya

KALAU semalam Zulin Aziz dan Aliff Syukri menafikan penglibatan mereka dengan individu yang didakwa terlibat aktiviti Macau Scam, hari ini ada lagi selebriti tampil memberi penafian.

Pelakon popular Chacha Maembong menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan yang mengatakan dia menjalankan perniagaannya dengan menggunakan dana hasil daripada Macau Scam.

Menurut Chaca, terdapat individu yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap dirinya apabila dikatakan dia mendapat dana daripada individu dikenali sebagai Datuk Zaidi Kanapiah dan tertibat dalam aktiviti Macau Scam dan judi online.

“Akibat daripada kenyataan yang dibuat oleh beberapa penama ini, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah pun menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya.

“Tujuan saya mengadakan persidangan ini adalah untuk menafikann sekeras-kerasnya fitnah-fitnah dan kenyataan palsu tersebut,” ujarnya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurut Chacha, sebelum pembocoran Macau Scam, dia tidak mengenali Datuk Zaidi Kanapiah dan tidak pernah berhubung atau berjumpa dengannya.

Jelasnya, gambar yang tular di media sosial adalah gambar yang diambil sekitar bulan Januari 2017 ketika pertama kali dia bertemu dengan ‘Datin Alya’ sebagai kenalan dan bukan sebagai rakan karib.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil daripada titik peluh saya.

“Untuk makluman, produk keluaran saya adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, ia tiada kaaiman dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain,” tegasnya.

Menurutnya lagi, dia mahu orang yang menyebarkan fitnah berkenaan berhenti serta merta dan memohon maaf secara bertulis kepada dirinya.

Jelasnya, dia bersama peguam akan mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertahankan haknya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. -SM

(Visited 533 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button