Ekonomi

CGB TERUSKAN LANGKAH KELESTARIAN PERNIAGAAN PROAKTIF SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Central Global Berhad (CGB), akan terus mengetatkan aliran tunainya bagi memastikan kelestarian perniagaan berikutan keputusan kerajaan menyambung perintah kawalan pergerakan diperketatkan (“PKP”) di kawasan tertentu di Kuala Muda, Kedah sehingga 1 Ogos ini.

CGB yang merupakan pengeluar pita penutup dan label stok selain kontraktor am binaan berkata, operasi kilang mereka kekal ditutup namun tunggakan tempahan yang besar menjadikan kilang terus sibuk sehingga akhir tahun.

Kilang CGB yang mengeluarkan pita penutup dan label stok, telah ditutup sejak 5 Julai lalu disebabkan Kuala Muda berada dibawah PKPD.

Kilang itu menggaji hampir keseluruhannya pekerja tempatan, dengan sebilangan daripada 170 kakitangan telah berkhidmat dengan Kumpulan untuk selama lebih empat dekad.

Pengerusi Eksekutif CGB Datuk Faisal Zelman berkata, pihaknya berwaspada dengan prospek tahun ini disebabkan ketidaktentuan susulan meningkatkan kes positif COVID-19 dan sementara kami berterusan merebut peluang daripada landskap persaingan serantau yang berpecah-pecah dan gangguan meluas kepada rantai bekalan tempatan, malah juga maklum terhadap risiko-risiko yang ada.


“Kami memiliki tunggakan tempahan untuk dipenuhi yang akan memastikan kilang kami sibuk sehingga akhir tahun tetapi operasi telah terjejas disebabkan PKPD. Kami secara konsisten berunding dengan pihak berkuasa di sebalik langkah-langkah PKP yang telah dikuatkuasakan di dalam zon PKPD,”

“Malah kami berjaya memperoleh kebenaran untuk beroperasi secara sebahagian, setelah dikategorikan di dalam Industri Penting (Pembungkusan) semasa tempoh PKP 1.0 dan berharap kerajaan akan mempertimbangkan peraturan serupa bagi PKPD sekarang ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah CGB memberi jaminan kepada para pemegang saham bahawa pihak pengurusan akan melakukan sebaiknya bagi memastikan kelestarian perniagaan dan mengekalkan kecekapan dan kualiti operasi.

CGB mempunyai dua mesyuarat berjadual tahunan bagi meneliti kawalan dalaman operasi perkilangan Kumpulan dan pengurusan risiko di bawah kerangka kerja pengurusan risiko bagi menangan risiko perniagaan dan operasi.

Proses perkilangan Kumpulan yang cekap memastikan kos kekal dibawah kawalan sambil memacu produktiviti dan kualiti menerusi program saranan dan skim ganjaran kakitangan.

“Kami akan memantau situasi dan kekal mematuhi semua prosedur standard operasi seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan garis panduan Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan dah kesihatan kakitangan dan vendor kami. Sementara itu, kami perlu menguruskan harapan pelanggan di dalam memenuhi tempahan mereka,” kata Faisal.

(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button