Berita

Cetak iklan judi pada helaian Surah Al-Mulk

MOTIF?

Tular gambar iklan judi yang dicetak pada helaian bercetak ayat suci al-Quran.

Dua keping gambar yang dimuat naik pemilik Facebook Adika Kastury didapati memaparkan iklan nombor ekor dicetak pada helaian surah al-Mulk.

Malah helaian tersebut juga dipotong sehingga separuh bagi memuatkan potongan iklan nombor ekor itu.

Berdasarkan gambar itu lagi, iklan tersebut dipercayai dicetak oleh syarikat Pasaraya Wei Hong yang terletak dekat Taman Sutera di Sungai Petani, Kedah.

Gambar tersebut yang dimuat naik dalam kumpulan Facebook Penduduk Sungai Petani mengundang kemarahan netizen yang menyifatkannya sebagai tindakan biadab.

“Kalau tidak diajar biar dia kenal dunia,” komen Putri Putri Syafika.

“Memang sengaja di fotostat,” dakwa Idrul Fitri.

Bagaiamanapun, terdapat sekumpulan aktivis masyarakat dipercayai menyerbu premis berkenaan dan membuat laporan polis.

“Kami dari Persatuan Pembela Persaudaraan Kedah (3PK) sudah buat laporan polis.

“Serbuan juga kamu sudah, keputusannya hanya ada pada kami. Kerana sekarang sudah jadi kes polis. Siasatan sedang dijalankan,” komen pentadbir Facebooknya, Pacat. – SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button