Politik

Pembangkang kalau dengar ini mesti akan herdik Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin keputusan Pilihan Raya Negeri Johor tidak akan sama dengan Pilihan Raya Negeri Melaka.

Keyakinan itu dinyatakan beliau berdasarkan kajian yang dibuat oleh pusat-pusat kajian strategik bahawa pengaruh kepimpinan dan ketokoh beliau di Johor berada pada tahap lebih 30 peratus.

“Bukan saya mahu banggakan diri. Ini adalah realiti. Tanyalah dengan pusat kajian strategik,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Kata Muhyiddin, pembangkang pastinya akan mengherdik beliau sebagai mengangkat diri sendiri, tetapi itulah realiti dan pengaruh berkenaan bukan diperolehi dalam sekelip mata, tetapi sejak puluhan tahun lalu beliau terlibat di dalam politik Johor.

Beliau juga selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yakin para pengundi di Johor mempunyai tanggapan yang baik terhadap PN walaupun terdapat pertanding sehingga tujuh penjuru di setengah kawasan.

Justeru Perdana Menteri Kelapan itu memaklumkan PN akan melancarkan manifestonya dalam masa terdekat bagi memberi tawaran-tawaran baharu kepada penduduk Johor yang merangkumi pemulihan pembangunan ekonomi yang lebih cepat dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Muhyiddin yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu turut menjelaskan faktor utama beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggantikan beliau adalah bagi mengelakkan daripada jawatan itu jatuh kepada individu yang bersekongkol dengan kluster mahkamah.

Menurut beliau, dalam keadaan yang tidak menentu beliau harus mengambil keputusan dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

“Parti dia (UMNO) jatuhkan saya, tetapi saya sokong dia jadi perdana menteri,” katanya.

Selain Ismail tidak bersekongkol dengan kluster mahkamah, kabinet yang dibentuk juga mengekalkan 90 peratus anggota asal kerajaan Perikatan Nasional bagi meneruskan agenda pemulihan negara daripada pandemik yang telah dirancang.

Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak membentuk kumpulan 15 ahli parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button