Berita

CEO Bernama Terima Anugerah Wanita Dekad di WEF ASEAN 2025

Kuala Lumpur, 19 Jun 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan “Women of the Decade” pada Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025).

Anugerah berprestij ini mengiktiraf kepimpinan luar biasa dan komitmen teguh beliau dalam memajukan industri media di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Presiden WEF ASEAN 2025, Datin Dr Hartini Osman, dalam kenyataan di luar acara berkata penghargaan ini diberikan kepada tokoh wanita yang memainkan peranan penting dalam memacu transformasi dan ketelusan dalam ekosistem media serantau.

“Datin Paduka Nur-ul Afida telah menunjukkan keberanian dan kepimpinan luar biasa dalam memperkukuh integriti serta inovasi dalam landskap kewartawanan Malaysia,” katanya.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan individu, tetapi juga menjadi detik membanggakan buat BERNAMA serta simbol keunggulan wanita Malaysia di pentas ASEAN.

Forum yang berlangsung sebagai sebahagian daripada Kemuncak ASEAN Malaysia 2025 ini turut menyaksikan tokoh-tokoh wanita dari pelbagai sektor diberi penghormatan atas sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi, sosial dan teknologi rantau ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button