Jenayah

CEO Batu Serah Diri, Disiasat Kes Mesej Lucah kepada Remaja

PEMPEGARUH media sosial yang dikenali sebagai “CEO Batu” kini menyerah diri di balai polis susulan dakwaan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Mohd Iqbal, 22, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Khamis, 22 Mei 2025 bagi membantu siasatan yang kini sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa. Beliau turut ditahan reman untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih mendalam.

Caprice Bongkar Pempengaruh Ganggu Remaja, Dakwa Hantar Gambar Tak Senonoh

Kes ini mula mencetuskan kekecohan selepas penyanyi dan aktivis, Caprice, memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di Instagram, yang menunjukkan mesej dan gambar tidak senonoh dipercayai dihantar oleh CEO Batu kepada mangsa.

Dalam mesej berkenaan, suspek dilihat memohon agar perkara tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis, malah sanggup bertemu ibu mangsa untuk memohon maaf dan ‘menyelesaikan isu secara baik’.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan laporan telah diterima dan siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

Menjelaskan situasi sebenar, CEO Batu mendakwa gambar yang dihantar itu merupakan gambar lama yang sepatutnya dikirim kepada teman wanita, namun tersalah hantar kepada mangsa ketika sedang menyunting video untuk media sosial.

Bagaimanapun, alasan tersebut tidak meredakan kemarahan orang ramai yang menganggap perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu terbabit.

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan termasuk menyemak semua bahan digital yang telah dimuat naik ke media sosial serta mengambil keterangan daripada pihak berkaitan.

Kes ini turut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tanggungjawab moral dan etika golongan pempengaruh, apatah lagi apabila melibatkan remaja bawah umur.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button