HiburanLuar Negara

“Sudah Lama Kami Berpisah Tetapi Bukan Kerana Video Dia Tidur Dengan Dot Dot Dot,” – Celine

PERKAHWINAN dua pelakon Indonesia iaitu Celine Evangelista dan Stefan William akhirnya berakhir setelah mereka mengumumkan perceraian mereka pada 18 Oktober lalu.

Topik perceraian mereka masih hangat diperkatakan oleh netizen Indonesia di mana akaun media sosial mereka diserang oleh pelbagai komen.

Mereka didakwa bercerai kerana sebuah video Stefan dan seorang wanita lain tular namun, Celine menafikan perceraian mereka disebabkan oleh video tersebut.

“Video itu bukan penyebab penceraian kami. Kami sudah lama berpisah tetapi perceraian kami juga belum sah”, katanya.

Dia turut menyatakan bahawa perpisahannya bersama Stefan adalah satu pilihan yang terbaik buat dirinya.

Ketika melihat video tersebut dalam satu program televisyen, Celine menitikkan air mata namun dia berkata dia menangis bukan kerana video itu.

“Saya sebenarnya tidak mahu menangis tapi saya terus menangis tanpa henti. Saya hanya manusia biasa tidak boleh melakukan apa-apa pun,” ucapnya.

Dia turut mengatakan bahawa masih ada lagi sisa kenangan bersama Stefan yang tersemat di hatinya dan bertekad tidak mahu larut dalam kesedihan.

Celine menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Stefan akibat daripada konflik dan masalah yang berterusan dalam rumah tangganya.

“Yang penting perpisahan kami terjadi kerana ada masalah dan konflik, itu sahaja,” jelasnya.

Tambahnya lagi, hak jagaan anak mereka jatuh ke tangan Celine dan dia tetap akan membenarkan bekas suaminya untuk berjumpa anak-anak mereka.

“Terpulang kepada Stefan bila-bila masa dia ingin berjumpa dengan anak-anaknya, selagi anak-anaknya juga ingin bertemu dengannya. Begitu juga sebaliknya,” ujarnya.

Celine berharap pernikahannya menjadi kenangan terindah untuk ditinggalkan kepada anak-anaknya dan celine juga mengajak Stefan untuk bersama-sama membesarkan anak-anak mereka.

Terdahulu, Celine Evangelista dan Stefan William mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang anak. – SM

(Visited 1,093 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button