Ekonomi

Celcom, Maxis, Digi terima tawaran spektrum MCMC

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata, Maxis dan Digi Telecommunications telah menerima tawaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk penugasan spektrum selama lima tahun mulai 1 Julai.

Dalam pemfailan berasingan dengan Bursa Malaysia, ketiga-tiga syarikat itu berkata mereka telah membayar yuran sekali sahaja sebanyak RM11.76 juta. Penetapan spektrum itu juga memerlukan yuran tahunan sebanyak RM20.76 juta yang perlu dibayar sebelum 15 Dis setiap tahun.

Axiata Group berkata anak syarikat milik penuhnya Celcom Axiata telah menerima tawaran spektrum dalam jalur 2530MHz hingga 2540MHz, dipasangkan dengan jalur frekuensi 2650MHz hingga 2660MHz.

Manakala Digi Telecommunications telah menerima tawaran penugasan spektrum 2600MHz pada jalur 2x10MHz.

Anak syarikat Maxis Bhd pula telah menerima tawaran untuk penugasan spektrum 2x10MHz 2600MHz.

 

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button