Nasional

Covid: Selepas 12 hari dirawat, Hamzah dibenarkan pulang

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sembuh daripada jangkitan Covid-19 selepas 12 hari dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Hamzah yang dimasukkan ke pusat rawat itu pada 12 Januari lalu dibenarkan pulang semalam.

“Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para doktor, jururawat serta barisan petugas hadapan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang dan layanan mesra tidak mengira penat lelah sepanjang tempoh rawatan saya.

“Kepada semua pihak yang telah bertanya khabar, memberikan kata semangat dan mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan. Keprihatihan anda semua telah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus melawan virus COVID-19,” kata Hamzah.

Beliau turut menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hamzah juga meminta agar semua pihak memberikan kerjasama penuh kepada barisan petugas barisan hadapan dan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan penularan pandemik COVID-19.

“Saya berdoa kehadrat Allah SWT agar kita semua diberikan nikmat kesihatan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya,” katanya.-SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button