Ekonomi

CBP Hulur Bantuan Mangsa Letupan Gas Putra Heights Melalui Program CB-Prihatin

Co-opbank Pertama (CBP) meneruskan komitmennya dalam menyokong masyarakat setempat apabila tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa insiden letupan gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu.

Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat di bawah Program CB-Prihatin, CBP telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Masjid Putra Heights sebagai langkah awal membantu komuniti yang terkesan.

Tidak terhenti di situ, CBP turut memperluas bantuan menerusi pelbagai produk berasaskan fi seperti Takaful CBP Protect, Takaful CBP Smart Care, Takaful CBP Kenderaan, Takaful CBP Idaman, Takaful CBP Idaman Plus, Penulisan Wasiat dan CBP Amanah Pusaka. Hasil langganan produk-produk ini akan disalurkan kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa sepanjang tempoh program bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2025.

Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin berkata, usaha ini sejajar dengan prinsip koperasi yang menekankan keprihatinan terhadap masyarakat.

“Setiap langganan produk berasaskan fi akan memberi impak langsung kepada mereka yang memerlukan. Inilah nilai koperasi – membantu komuniti dalam waktu sukar,” katanya dalam satu kenyataan.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada rakan strategik CBP seperti Zurich Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad, Rakyat Trustee Berhad dan MyAngkasa Amanah Berhad, yang menyumbang berdasarkan jumlah langganan produk yang dicapai.

CBP komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyokong masyarakat setempat sambil menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan pelanggan melalui penyertaan dalam produk berimpak sosial.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan CBP di seluruh negara atau menghubungi talian khidmat pelanggan CBP.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button