Nasional

Pemandu lori maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lagi lori dan sebuah treler di Kilometer 352.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.13 pagi.

Pemandu lori berusia 29 tahun itu tersepit di dalam kenderaan seberat lima tan itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang lain dan treler itu terselamat tanpa cedera, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada 6.45 pagi dan mayat pemandu diserahkan kepada polis.

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button