Politik

Statistik keseluruhan 22 peratus baru keluar mengundi

JABATAN Meteorologi meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di tujuh daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Cuaca pada sebelah pagi cerah di seluruh Johor diramalkan cerah dengan suhu sepanjang hari antara 23 hingga 33 darjah Celsius.

Setakat pukul 11 pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan, statistik keseluruhan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ialah 22 peratus.

Semasa proses pengundian PRN Johor berlangsung, semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal.

SPR memaklumkan pengundi berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pengawasan (PUS) perlu memohon kepada pegawai kesihatan daerah (PKD) untuk keluar sementara ke pusat mengundi dan kebenaran adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh PKD itu.

Untuk rekod PRN Johor Ke-15 ini, sebanyak 36,729 kertas undi pos telah dikeluarkan oleh SPR manakala kira-kira 87% atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing, sebagai pendundi awal telahpun melunaskan tanggungjawab mereka pada 8 Mac lalu.

Sementara itu, bagi proses pengundian hari ini, pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan.

Pusat-pusat mengundi yang terlibat dengan penutupan awal ialah Balai Raya Pulau Besar di Mersing yang ditutup pukul 11 pagi.

Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pula akan ditutup pada pukul 1 tengah hari nanti.

PRN Johor ini menyaksikan 239 orang calon bertanding daripada 15 parti politik merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti-parti politik yang meletakkan calon ialah Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pakatan Harapan (PH) bersama parti komponennya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding atas logo sendiri serta rakan strategik gabungan itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Warisan (Warisan), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dua kerusi DUN menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.

Empat kerusi DUN melibatkan enam penjuru dan lapan kerusi DUN melibatkan lima penjuru dan 35 kerusi (empat penjuru).

PRN Johor hari ini adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih Wakil Rakyat melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun. – SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button