Travel

Chagee perkenalkan teh paling mahal di dunia, ‘Osmanthus Long Jing’

Jenama minuman teh premium Chagee Malaysia memperkenalkan siri teh terbaru dengan siri Chagee Osmanthus Long Jing dengan menampilkan cawan yang direka khas beronakan hijau serta menggambarkan  bunga Osmanthus.

Perkenalkan siri Teh baru dari Chagee

Long Jing atau lebih dikenali sebagai the ‘Telaga Naga’ berasal dari XiHu, Hanghou merupakan antara the hijau yang paling mahal dan berkualiti tinggi di dunia.

Daun Teh hijau ini salah satu jenis Teh berasal dari Xihu Hangzhou, the hijau Cina ini diproses secara teliti, menghasilkan daun yang datar seperti pedang dengan warna hijau pucat.

Menurut selaku Pengurus Am Timbalan Chagee Malaysia Ng Jia Jun, Chagee sentiasa memberikan terbaik dan inovasi agar setiap pelangan dapat menikmati minuman teh.

“Di CHAGEE, kami percaya dalam inovasi berterusan dan mencipta pengalaman yang melebihi yang biasa. Siri Osmanthus Long Jing yang baharu kami bukan hanya minuman; ia adalah oda kepada kemewahan, dimaksudkan untuk dinikmati dengan penuh kasih dan kemewahan.

“Siri Osmanthus Long Jing adalah tambahan tetap yang menyegarkan kepada rangkaian premium CHAGEE dan akan ditawarkan di 70 cawangan di seluruh Malaysia.

“Daun teh yang dicampur dengan teliti penuh dengan rasa dan aroma akan memenuhi anda dengan rasa teh hijau yang kaya. Dengan siri ini, kami menyajikan teh Long Jing – istimewa dan benar-benar luar biasa, terutamanya bagi peminat teh!” jelasnya.

Terdapat 3 Variasi, Termasuk Osmanthus Long Jing Milk Tea Siri Osmanthus Long Jing menawarkan tiga (3) variasi termasuk Osmanthus Long Jing Milk Tea yang menawarkan perpaduan sempurna teh Long Jing dengan susu segar New Zealand.

Bagi peminum teh hijau sejati, Osmanthus Long Jing Pure Tea menawarkan esensi teh hijau murni yang kaya.

Manakala krim Osmanthus Long Jing Macchiato pula memberikan rasa di mana teh Long Jing klasik bertemu twist moden melalui lapisan keju di atasnya.

Bagi memperkenalkan Siri Osmanthus Long Jing ini, pelanggan boleh menikmati diskaun menarik 20% pada cawan kedua anda dari 17 hingga 31 Oktober 2023 dan juga akan menerima kad perfume Osmanthus Long Jing terhad (SECARA PERCUMA) dengan setiap pesanan melalui Program Mini CHAGEE!.

Artikle Berkaitan :>

Jenama kedai minuman Teh ini diiktiraf Halal

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button