Nasionalpilihan

Pasangan kekasih ibu tunggal, duda didakwa curi 20 kotak susu

Sepasang kekasih yang juga seorang ibu tunggal dan duda didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan mencuri 20 kotak susu formula bernilai RM6,000 di sebuah pasaraya di
Lebuh Ayer Keroh bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Azlee Ibrahim, 39 dan Noor Bayah Ab Manaf, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mereka dituduh secara bersama dengan niat curang apabila mencuri 20 kotak susu jenama Enfalac A+ 2FL Step 1, 2.32 kilogram dan Enfalac A+ 2FL Step 2, 2.32 kilogram bernilai RM6,747.60 yang diletakkan di rak jualan tanpa kerelaan pemiliknya.

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah pasar raya di Lebuh Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah, antara pukul 5.00 petang hingga 7.45 malam pada 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Azlee dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah dengan alasan hanya bekerja sebagai

operator kilang, perlu menanggung empat anak kandung yang masih bersekolah serta perlu menyara anak Noor Bayah yang juga bakal isterinya berusia tujuh bulan.

Noor Bayah juga turut merayu jaminan rendah kerana merupakan ibu tunggal yang tidak bekerja.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Nabilah kemudiannya mengarahkan setiap tertuduh dikenakan ikat jamin RM7,000 dan menetapkan tarikh 17 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button