fbpx
Hiburan

Catatan Aishah di Instagram: “Projek Mak Kiah bosan”

HARI ke-14 kita semua diarahkan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan agar rantaian wabak COVID-19 yang melanda negara, dapat diputuskan.

Seperti juga insan lain, penyanyi Aishah duduk di rumahnya dan mengisi masa dengan pelbagai aktiviti kraftangan.

Sememangnya Aishah seorang yang amat kreatif. Bagi sesiapa yang mengikuti IG @aishahjmm, pasti dapat melihat bagaimana kreatifnya idea insan seni ini.

Beliau menghasilkan topeng hidung dan mulut sendiri. Kemudian, menggunakan plastic botol air mineral yang besar untuk membuat penutup muka.


Menariknya catatan Aishah di IG – Day#14. Begini catatannya:

Beberapa malam lalu I upload gambar projek yang I panggil Projek Mak Kiah Bosan.

Dua tiga hari I seperti ramai di luar sana, I juga mengikuti perkembangan COVID-19 dan perasaan malu pada diri sendiri, betapa selfishnya I.

Apalah sangat kebosanan yang I alami berbanding mereka yang terpaksa bersabung nyawa, menyelamatkan nyawa kita.

Allahhuakbar, ampuni hambaMU yang lemah ini kerana lupa untuk bersyukur.

Malam ini, dalam proses Projek Mak Kiah bersyukur sangat, dapat duduk di rumah, melayan aktiviti yang disukai, dikelilingi orang tersayang.

Hanya padaMU kami berlindung Ya Allah.

Jadi, bagi kita yang terasa tertekan dengan kebosanan terkurung semasa MCO (PKP), ingatkanlah diri kita untuk bersyukur.

Jadi, carilah aktiviti yang digemari dan but diam-diam. Stay HOME!!!. Dah siap projek Mak Kiah bersyukur sangat, kita share ok. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button