NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis: Pekerja aset berharga organisasi

PEKERJA atau kakitangan merupakan aset berharga dalam sesebuah organisasi, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, dalam era Revolusi 4.0 ini, pekerja yang berkemahiran dan mempunyai prestasi kerja tinggi amat diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar selepas mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Bilangan Ke 4 Bagi Tahun 2023 di Balai Perdana Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Kangar.

Titah Baginda, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi prestasi kerja pekerja atau dalam konteks Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Pekhidmat Majlis antaranya ialah kepimpinan.

“Menyentuh dari sudut definisi pula, pemimpin ialah seseorang yang mentakrifkan keperluan, menumpukan pada pemikiran dan memberi kesan kepada orang lain untuk membentuk perubahan dengan menyelaraskan tindakan ke arah matlamat bersama atau bilangan tujuan bersama dalam persekitaran kerja yang rumit.” (Clark dan Gruber, 2017),” titah Baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra telah berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Bilangan Ke 4 Bagi Tahun 2023 di Balai Perdana Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Kangar.

Pemangku Raja bertitah, kepimpinan juga boleh disebutkan sebagai satu proses tingkah laku yang mempunyai impak yang dinamik semasa berlakunya interaksi individu dan organisasi.

“Oleh itu setiap pemimpin mestilah dilengkap dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi seiring perkembangan dunia yang semakin mencabar,” titah Baginda.

Ini kerana titah Baginda, pemimpin perlu menjadi contoh kepada pengikut mereka, memotivasi dan memberi inspirasi, galakan dalam penyelesaian masalah, bertindak sebagai panduan atau tutor, serta memberi perhatian terhadap keperluan pengikut dalam perkembangan dan kemajuan diri pekerja. – SM

BACA “Garis Panduan Pekerja Gig (P-hailing) 2023” beri fokus kepada pekerja Gig p-hailing

BACA MRCB perlu utamakan peluang pekerjaan kepada rakyat Perlis – Pemangku Raja

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button