MahkamahNasional

Perbicaraan jenayah Siti Nuramira mungkin dibuat di hospital atau rumah tertuduh

Dua kali wanita hina agama Islam di Kelab Komedi Crackhouse tidak hadir di mahkamah

HAKIM Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi amaran mungkin mengadakan perbicaraan jenayah melibatkan Siti Nuramira Abdullah, wanita yang menghina Islam ketika membuat persembahan lawak atau stand up comedy di Kelab Komedi Crackhouse pada Julai tahun lepas, di hospital atau di rumah tertuduh jika dia berterusan tidak hadir bagi pendengaran.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak mengeluarkan kenyataan itu selepas peguam, R Sivaraj memberitahu mahkamah, anak guamnya, Nuramira dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nuramira berdepan tuduhan mencetuskan suasanan tidak harmoni dalam masyarakat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, tahun lalu.

Sivaraj mengemukakan resit yang didakwa sebagai bukti Nuramira dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.

Bagaimanapun Hakim Hasniah menyangkal kenyataan peguam itu sambil menyatakan, tiada bukti pada resit itu yang menunjukkan tertuduh dimasukkan ke hospital.

“Jika dia cuti sakit lagi pada 17 April ini, saya mahu laporan perubatannya dikemuka kepada mahkamah. Ini kali kedua dia, Nuramira tidak hadir,” kata Hakim.

Semalam, peguam Nuramira memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh dimasukkan ke hospital akibat jangkitan usus.

Pendengaran kes dijadual bersambung pada 17 April, 25 dan 31 Mei.

Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan melibatkan agama antara individu atau kumpulan yang menganut agama sama atau berlainan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman sehingga lima tahun penjara. – SM

BACA Tidak adil hukum kelab komedi kerana tindakan biadap wanita itu, Douglas Lim

BACA Pengasas kelab komedi hina Islam di tahan

BACA LFL anjur kutip dana untuk wanita hina Islam di kelab komedi dan pasangannya RM40, 000

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button