Hiburan

Rita Rudaini tegur peniaga gunakan artis sebagai pelaris jualan tanpa bayaran

MEMANG ramai golongan peniaga yang menggunakan selebriti sebagai satu daripada cara untuk menjual barangan mereka.

Namun, perkara itu haruslah mendapat persetujuan bersama dan pelakon, Rita Rudaini juga sempat menegur seorang peniaga berkenaan perkara ini.

Menurut Rita, terdapat peniaga yang menghantarnya mesej untuk menggunakan gambarnya bersama produk jualan.

Peniaga itu turut memberitahu yang dia hanya mahu menggunakan muka Rita tanpa menyebut nama.

Namun, Rita memberitahu yang perkara itu adalah salah dan tindakan undang-undang seperti menghantar surat saman boleh dikeluarkan.

“Kepada peniaga, saya nak nasihat sikitlah, berniaga kenalah ikhlas dan jangan malas.

“Cari rezeki ni kena usaha dan bukannya dengan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya. -SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button