Nasionalpilihan

‘Carwash’ saji GRO diserbu

MENGGUNAKAN papan tanda pusat mencuci kenderan (carwash) tetapi dalam masa sama menjadi pusat hiburan yang menyajikan pelayan pelanggan (GRO).

Taktik itu bagaimanapun berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia yang membuat serbuan ke premis yang terletak di Kepong pada pukul 9.30 malam kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pintu masuk utama ke premis ini tidak mempunyai papan tanda dan hanya dibuka separuh sahaja untuk pelanggan-pelanggan tetap.

“Manakala di satu lot lagi menggunakan papan tanda Pusat Mencuci Kenderaan bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Hasil pemantauan, premis tersebut dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi,” katanya.

Menurut Khairul Dzaimee, ketika serbuan dilakukan, wanita warga asing dan pelanggan cuba untuk melarikan diri tetapi digagalkan apabila kesemua jalan keluar dari premis tersebut telah dikepung oleh anggota serbuan.

Jelasnya, modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan aplikasi whatsapp / telegram bagi memancing pelanggan ke premis terbabit.

“Dalam serbuan ini, seramai 16 orang wanita warga asing yang berumur diantara 22 hingga 35 tahun berjaya ditahan. Mereka terdiri daripada 13 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Thailand.

“Dua lelaki tempatan yang merupakan pekerja premis dan lima lelaki tempatan yang merupakan pelanggan di premis tersebut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan,” katanya.

Ujarnya, hasil risikan mendapati, kegiatan tidak bermoral ini bermula dari jam 4:00 petang sehingga 12:00 malam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tambahnya, premis ini juga direka seolah-olah tidak dikunjungi, namun apabila masuk ke dalam bangunan tersebut premis ini menyajikan pelbagai hiburan beserta pelayan pelanggan (GRO).

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. -SM

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button