Rencah Hidup

Kongsi video bersama ayah kandung, adik-beradik Madamu bakal disaman RM10 juta

GARA-GARA berkongsi sebuah video bersama ayah kandung, adik-beradik kepada pengasas Noir, Eriyca Baiduri bakal berdepan saman RM10 juta daripada ibu tiri mereka.

Bagi Eriyca yang juga dikenali sebagai Madamu, dia merasa terkilan kerana susulan pertemuan tersebut, hubungan ayah kandung dan anak-anak mahu diputuskan.

Kata Madamu, biar pun dia tidak berkesempatan untuk bertemu ayah kandung dengan adik-beradik yang lain, semua tidak terlepas menerima ugutan.

“Anak Rashid tidak suka video ayah mereka tersebar merata-rata sekarang, ayah dia bukan artis bukan pengaruh di media sosial.

“Baik padam video berkenaan yang Miss D dan Datin post di TikTok dengan segera sebelum disaman 10 juta,” tulis ibu tiri mereka melalui mesej di media sosial.

Kongsi Madamu, pertemuan itu tidak sampai satu jam malah sehingga hari ini, mereka masih tidak faham tindakan keluarga ibu tiri yang mahu menghantar surat saman.

Sedangkan Madamu termasuk adik-beradiknya yang lain mempunyai hak ke atas ayah kandung sendiri.

“Kami tidak akan memadam video tersebut kerana dia adalah ayah kami, hasil dari perkawinan yang pertama bukan dari Buluh Bentong.

“Saya juga bersedia menunggu surat saman dari mereka, jangan sampai kami saman mereka balik,” luah Madamu dalam semasa sesi siaran langsung di TikTok.

Selepas kekecohan tersebut, ayah kandung mereka menghubungi adik-beradik Madamu untuk menjernihkan keadaan dan memohon maaf atas sikap keluarga ibu tiri mereka.

Walaupun ayah kandung meninggalkan mereka sejak dari kecil tanpa memberi nafkah namun mereka adik beradik tidak pernah lupa akan ayah kadungnya.

Malah berterima kasih kerana sudah menyelesaikan tanggungjawab sebagai wali semasa menikahkan kesemua mereka. – SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button