Nasional

Masih tidak patuh, jalan ke Pasar Awam Air Itam pula ditutup

MASIH ramai yang tidak patuh Perintah Kawalan Pergerakan.

Jika sebelum ini gerai penjaja tepi jalan di kawasan Pasar Awam Air Itam diarahkan tutup pada 22 Mac lalu hari ini polis menutup pula jalan ke pasar berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menutup jalan dari arah Air Itam dan juga arah Paya Terubong ke pasar awam tersebut sehingga 14 April ini.

Penutupan jalan itu terpaksa dilakukan kerana orang ramai  masih tidak patuh dan dilihat tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pembeli yang hendak membeli keperluan barang basah, perlu meletakkan kenderaan mereka di hujung jalan dan berjalan untuk ke pasar.

“Ini antara langkah yang diambil bagi mengawal jumlah kehadiran pembeli ke kawasan dan dalam pasar. Tumpuan kita sekarang adalah memastikan pembeli mematuhi dan menjaga jarak sosial mereka apabila membeli dalam pasar,” katanya.

Sementara itu Soffian berkata, pihaknya tidak akan menutup pasar tersebut seperti gesaan beberapa pihak kerana khuatir pelanggan pasar berkenaan akan bertumpu di kawasan lain.

“Ini kerana, pasar ini menampung penduduk di sekitar ini antaranya Farlim, Air Putih, Air Itam, Paya Terubong dan beberapa kawasan lagi.

“Jika kita tutup, pembeli akan ke pasar lain, masalah tetap tidak selesai. Oleh itu, kita ambil pendekatan dengan menutup jalan di kawasan pasar ini,” kata Soffian.

Menurutnya, daripada pemerhatian awal  melalui tindakan jalan keadaan di pasar tersebut 70 peratus lebih baik berbanding sebelum ini.

Soffian juga menasihatkan orang ramai agar membeli barangan untuk keperluan selama beberapa hari dan disimpan di dalam rumah agar mereka tidak selalu berada di kawasan pasar.-SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button