Luar Negara

Cari calon isteri guna papan iklan gergasi

MENCARI pasangan hidup melalui laman web cari jodoh sudah biasa dilakukan pada zaman ini tetapi menggunakan papan iklan untuk mencari pasangan tidak pernah dilakukan orang.

Bagaimanapun, seorang lelaki telah bertindak menggunakan sebuah papan iklan gergasi di Birmingham, United Kingdom dengan memaparkan wajahnya dalam usaha mencari calon isteri.

Mohammad Malik, 29, yang bekerja sebagai perunding inovasi dan usahawan telah berkongsi gambarnya di papan besar di Jalan Golden Hillock, Hockley Circus melalui A3A berhampiran Trek Greyhound Perry Barr.

Di papan iklan tersebut tertera ayat ‘Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur’.

Selain itu, Malik juga dikatakan telah membuka sebuah laman web bernama ‘findmalikawife.com’ yang berkongsi butiran mengenai misinya mencari cinta.


Menurut Malik, pasangan idealnya ialah seorang wanita islam berusia 20an yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Saya terbuka kepada mana-mana etnik, tetapi saya mempunyai keluarga Punjabi yang lantang,” katanya.

Di dalam laman web tersebut, Malik menggambarkan dirinya sebagai seorang yang kurus dan tinggi 5 kaki 8 inci, berasal dari London tetapi Birmingham sebagai rumah keduanya.

Tambahnya, dia seorang yang kreatif, suka melakukan perkara rawak dan tidak masuk akal.

“Kaedah tradisional tidak berkesan jadi saya fikir mengapa tidak bawa perkara ini ke papan iklan. -SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button