Agama

Cara Dapat Pahala Dan Syafaat Sebelum Tidur, Ini Kaedah Perkongsian Rasulullah SAW!

Diriwayatkan baginda Rasulullah SAW tidak pernah tidur sebelum mencium puteri bongsunya yang mulia, Saidatina Fatimah az-Zahrah (RA).

Ketika ditegur dan ditanya salah seorang isterinya, Baginda menjawab, “Setiap kali aku rindu syurga, aku mendapatkan semerbak bau harumnya syurga pada diri Fatimah”.

Suatu hari ketika Fatimah sudah masuk di ruang tidurnya dan sudah berada di dalam selimutnya untuk tidur, Rasulullah mengetuk pintu ruang tidur Fatimah.

Kemudian Baginda masuk dan Fatimah bangun namun ujar Baginda, “Jangan.. tetaplah kamu di tempat tidurmu”.

Baginda bersabda, “Puteriku, Fatimah. Janganlah kamu tidur sebelum khatamkan Al-Quran. Janganlah kamu tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Janganlah kamu tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin dan mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai puteriku, Fatimah, janganlah kamu tidur sebelum kamu menunaikan umrah dan haji”.

Mendengar sabda sebegitu, ia dianggap sangat sukar namun belum sempat Fatimah bertanya lanjut, Baginda solat sunat dua rakaat di ruang tidur Fatimah.

Usai Baginda selesai melakukan solat sunat dan memberikan salam, Fatimah bertanya, “Ayahku.. siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin dan mukminat dan melaksanakan umrah dan haji?”

Baginda tersenyum lalu bersabda, “Bukan begitu puteriku. Bukankah kalau kamu membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak tiga kali akan dihitung seperti khatam Al-Quran?”

Kedua, berselawatlah kepada Baginda Rasulullah SAW dan seluruh para Nabi pasti akan memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin dan mukminat, “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat”, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Keempat, umrah dan haji yang dimaksudkan adalah dengan membaca: Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Laa Ilaha Illallah, Wa Allahu Akbar”, maka pahalanya seperti melakukan ibadah umrah dan haji.

Mendengar perkara itu, Fatimah lega dan itulah amalan yang dikongsikan Baginda Rasulullah kepada puterinya, Fatimah dan seharusnya diamalkan oleh seluruh umat manusia yang rindu akan Baginda!

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button