Rencah Hidup

Cara daftar majlis kahwin di aplikasi MySejahtera

Cuti sekolah nanti pasti banyak majlis perkahwinan akan dilangsungkan walaupun dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
Majlis yang diadakan mempunyai prosedur standard yang perlu dipatuhi antaranya adalah merekodkan kehadiran tetamu.
Oleh itu Suara Merdeka berkongsi Cara Tuan Rumah Nak Daftarkan Lokasi Kenduri Kahwin Guna Aplikasi MySejahtera sebagaimana dikongsi oleh Bernama.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan telah membenarkan penganjur untuk menjemput lebih 250 tetamu, asalkan boleh mengamalkan penjarakan fizikal satu meter mengikut kesesuaian tempat.
Antara SOP yang wajib dipatuhi ialah penjarakan fizikal satu meter, pendaftaran MySejahtera serta pengambilan suhu sebelum masuk ke sesuatu tempat.
Selain itu, penganjur juga perlu menyediakan makanan secara hidangan atau menggunakan khidmat pramusaji jika menggunakan buffet. Hal ini bagi mengurangkan sentuhan pada senduk makanan yang dikongsi beramai-ramai.
Bagi anda yang ingin mengadakan kenduri, mari kami kongsikan cara untuk menjana kod QR majlis tersebut.
1. Klik MySejahtera
2. Masukkan nombor telefon untuk pendaftaran
Selepas memasukkan nombor telefon, anda perlu menjawab soalan reCAPTCHA untuk mengesahkan identiti.
3. Masukkan OTP
Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon anda dan sah selama 5 minit.
4. Masukkan maklumat majlis seperti nombor telefon, alamat majlis dan poskod kawasan.
5. Siap
Setelah tekan butang submit, kod QR anda akan terus dijana. Hanya perlu cetak, emel ataupun download ke komputer anda untuk langkah seterusnya.
Anda perlu cetak kod ini dan letakkan di pintu masuk majlis anda. Jangan lupa letakkan arah laluan keluar masuk untuk tetamu bagi mengelakkan kesesakan.
Semasa memberi jemputan, sampaikan juga pesanan kepada tetamu agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Individu bergejala tidak boleh hadir ya.
Semoga majlis diberkati dan dipermudahkan semua urusan melayari bahtera rumah tangga. Sama-samalah kita mematuhi SOP sepanjang PKPP ini. Kita jaga kita.
(Visited 1,333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button