Nasional

Sekarang rakyat nak percaya siapa, Zafrul atau Najib?

SEKARANG rakyat hendak percaya siapa, semalam mantan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan berkata, hutang 1MDB tidak perlu dibayar walaupun satu sen, hari ini Menteri Kewangan berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak silap, duit rakyat diguna bayar faedah pinjaman MDB

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia masih belum membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB sebanyak RM32.3 bilion, tetapi negara sedang membuat bayaran faedah hutang tersebut iaitu sebanyak RM6.5 bilion, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa tiada satu sen pun dana awam digunakan kerajaan untuk membayar balik jumlah pokok hutang 1MDB.

“Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi’

“Jadi dakwaan bahawa belum lagi kita bayar prinsipal hutang 1MDB ini adalah tidak berasas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

“RM32.3 bilion ini tarikh matang dia di antara 2022 hingga 2039. Jadi, belum lagilah dibayar, ini prinsipalnya, tapi kita sudah mula membayar faedahnya,” katanya.

Lim Guan Eng menyoal sama ada benar atau tidak bahawa tiada satu sen pun dibayar ke atas hutang 1MDB seperti yang didakwa Najib.

Najib semalam mendakwa dana awam tidak digunakan kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Tengku Zafrul, berkata, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Enegry Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

Dalam pada itu Ahli parlimen pembangkang Tony Pua (Pakatan Harapan-Damansara) mahu Najib Razak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat semasa membahaskan titah diraja semalam.

Katanya, Najib sebenarnya melakukan kesalahan fakta dalam beberapa isu yang dibangkitkannya khususnya mengenai 1MDB dan pengambilalihan loji pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Saya ingin rujuk MP Pekan kepada kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang diperuntukkan dalam 36(2) Peraturan Majlis.

“Perkara ini sudah disampaikan ke pejabat speaker dalam bentuk surat,” katanya.

Menurut Pua, apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu semalam bukan sahaja mengelirukan, malah perbuatannya menghina Parlimen.

TONY

“Ini boleh disifatkan sebagai menghina majlis, secara spesifik dia telah hina Dewan (Rakyat) dalam beberapa perkara,” katanya.

Pua berkata Najib silap apabila berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan untuk membayar balik jumlah prinsipal hutang 1MDB.

“Ini adalah palsu, kerana kerajaan telah bayar RM8.8 bilion dan faedah semasa beliau jadi menteri kewangan,” katanya.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon kemudian berkata speaker Azhar Harun mempertimbangkan surat permohonan Pua itu dan memberi jawapan sewajarnya.

 

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button